Selasa, 22 Mei 2012

KERAJAAN SARAWAK DAN SABAH






WARISAN KESULTANAN MELAYU


UNDANG-UNDANG ADAT


1. Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2. Dihafal secara turun-temurun

(A) ADAT TEMENGGUNG
1. Pemerintahan bercorak autokratik.
2. Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3. Peranan sultan :
     i. ketua pentadbir
    ii. ketua agama
    iii. simbol kedaulatan
    iv. perpaduan rakyat.

4. Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
5. Lelaki menjadi ketua keluarga.
6. Nasab keturunan – sebelah bapa.
7. Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8. Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
9. Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10. Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.


B) ADAT PERPATIH

1. Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2. Setiap suku mempunyai wakil
3. Keputusan dibuat bersama.
4. Yamtuan Besar berunding dengan Undang
5. Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6. Nasab keturunan – sebelah ibu.
7. Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8. Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9. Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10. Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.



PERANG SEGI TIGA



SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG PENGASASAN KERAJAAN JOHOR: http://www.scribd.com/doc/88661897/7-17-2bab7

PENGASASAN KERAJAAN JOHOR
























Sejarah Johor bermula pada tahun 800 Masehi, sebagai salah satu penempatan perdagangan yang penting di Semenanjung emas (Tanah Melayu). Di awal tahun 1300 Johor menjadi negeri di bawah lindungan Empayar Majapahit (Indonesia). Di antara 1400 hingga 1511, Johor menjadi sebahagian dari jajahan Kerajaan Kesultanan Melaka.

Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda digantikan oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Seorang lagi putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama.

Pada tahun 1533 Johormenyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang. Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru, Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal. Johor seterusnya menawan Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka berterusan sehingga tahun 1564.

Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau.

Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat (dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama.

Pada tahun 1670, Jambi dengan bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada 1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil) dan menawan semula Kerajaan Johor. Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman.Empayar Kesultanan Johor dibahagikan kepada dua bahagian.Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).

KEDATANGAN ISLAM


Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).



Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

ASAL USUL NAMA MELAKA



ZAMAN PALEOLITIK


Isnin, 30 April 2012

SEJARAH DAN KITA

(1) Pengertian Sejarah


  1. Perkataan Arab – syajaratun – pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
  2. Ibn Khaldun – masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
  3. Herodotus – cerita tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya.
  4. Muhd. Yusof Ibrahim – rekod peristiwa yg berlaku.
  5. Penyelidikan perkara yg telah berlaku

(2) Ciri-ciri Sejarah

         a) Fakta yang tepat dan benar.              1. Fakta Sejarah dibuktikan melalui
                  i. peristiwa
                  ii. tempat
                  iii. tokoh
                  iv. tarikh

               2. Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah.
               3. Fakta sejarah – bukti kesahihannya

          b) Penting dan bermakna.
                1. Peristiwa penting kepada negara - kemerdekaan
                2. Peristiwa penting kepada pelajar – tarikh lahir pelajar.

          c) Sebab dan akibat.
                 1. Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
                 2. Bagi mengetahui sebab dan akibat peristiwa – apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan   
                     bagaimana
                 3. Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
                 4. Sebab & akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu

(3) Sumber Sejarah

Ciri Sumber Pertama/ Sumber Primer:
  • Fosil, artifak dan keterangan lisan. 
  • Belum diolah dan dicetak 
  • Masih asli dan belum ditafsir. 
  • Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat. 

Ciri Sumber Kedua/ Sumber Sekunder:
  • Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis. 
  • Ditulis oleh sejarawan. 
  • Diolah dan dicetak. 
  • Disebarkan kepada umum. 
  • Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah. 

(4) Kaedah Pengkajian Sejarah

a) Kaedah lisan.
  • Maklumat diperoleh secara terus 
  • melalui ucapan, penceritaan, perbualan 
  • Maklumat sejarah drp ucapan tokoh. 
  • Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi. 
  • Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta 
  • Kelemahan – wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng. 
  • Kesan kemajuan sains dan teknologi 
  • Kaedah pandang dengar digunakan. Contoh: televisyen, pita rakaman & internet

b) Kaedah bertulis.

  • Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c) Kaedah arkeologi.
  • Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
  • Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
  • Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
  • Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

(5) Pentafsiran Sejarah

  1. Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
  2. Sejarawan berusaha mencari jawapan
  3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
  4. Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
  • ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
  • Sejarawan lain – pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
     5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
  • Sejarawan barat – penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
  • Sejarawan lain – penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
  • Sejarawan Barat – anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
  • Sejarawan tempatan – anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
     6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa 
         sejarah


(6) Tujuan mempelajari Sejarah
        1. Banyak ilmu pengetahuan.
        2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
        3. Memahami sejarah tamadun awal bangsa
        4. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
        5. Membentuk keperibadian bangsa
        6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
        7. hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
        8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
        9. Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan 
           negara.


(7) Faedah mempelajari sejarah.
         1. Panduan untuk memperbaiki kesilapan
         2. Menjadi perangsang memajukan negara
         3. Mengingati zaman keagungan kita
         4. Memupuk semangat patriotisme
         5. Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia

(8) Rumusan
Sejarah merupakan panduan dan pengajaran untuk acuan masa kini dan masa hadapan.  Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotisme.  Sejarah juga membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.