Selasa, 22 Mei 2012

PENGASASAN KERAJAAN JOHOR
























Sejarah Johor bermula pada tahun 800 Masehi, sebagai salah satu penempatan perdagangan yang penting di Semenanjung emas (Tanah Melayu). Di awal tahun 1300 Johor menjadi negeri di bawah lindungan Empayar Majapahit (Indonesia). Di antara 1400 hingga 1511, Johor menjadi sebahagian dari jajahan Kerajaan Kesultanan Melaka.

Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda digantikan oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Seorang lagi putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama.

Pada tahun 1533 Johormenyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang. Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru, Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal. Johor seterusnya menawan Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka berterusan sehingga tahun 1564.

Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau.

Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat (dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama.

Pada tahun 1670, Jambi dengan bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada 1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil) dan menawan semula Kerajaan Johor. Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman.Empayar Kesultanan Johor dibahagikan kepada dua bahagian.Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).

17 ulasan:

  1. Putera Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai Sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor sehingga sekarang...:-). Nota PENGASASAN KERAJAAN JOHOR

    BalasPadam
  2. Putera Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai Sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor sehingga sekarang...:-). Nota PENGASASAN KERAJAAN JOHOR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru tingkatan 2 ,tali kene buat research tentang ni boleh tolong saye

      Padam
  3. Putera Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai Sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor sehingga sekarang...:-). Nota PENGASASAN KERAJAAN JOHOR

    BalasPadam
  4. menjelaskan faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelabuhan johor riau?

    BalasPadam
  5. Boleh bagi nilai yang dapat dicontohi daripada usaha yang dijalankan oleh pemerintah kerajaan Johor Riau ?

    BalasPadam
  6. Adik bolh chech wikipedia klau nk tahu sejarah johor riau lingga pahang

    BalasPadam
  7. Nak tnya bleh tk jwb soalan ni

    BalasPadam
  8. Huraikan ancaman yang dihadapi oleh negara masa kini langkah-langkah untuk mengatasinya

    BalasPadam
  9. Tq, info yg sgt berguna. Salam dr Malaysia, JB

    -amira_khairina

    BalasPadam